Selamat Datang Ke Dusun Lazim. Dusun Lazim Camp Site terletak di Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang. Ia merupakan tapak perkhemahan di persekitaran dusun durian, yang lengkap dengan semua keperluan asas. Dengan persekitarannya yang hijau dan berlatarbelakang ketenangan alam semula jadi, ia menjanjikan suatu percutian yang tenang dan santai.

Antara tarikannya ialah buah durian dan pada musimnya disediakan Pakej Makan Durian ataupun bermalam di sini untuk merasai suasana sebenar dusun durian.

Dusun Durian

Di hadapan kawasan ini terdapat sungai yang mengalir segar dan di dalam kawasan ini juga terdapat punca air bawah tanah.

Berkelah Di Sungai Yang Mengalir Segar

Aktiviti yang biasa dianjurkan di sini adalah seperti;

  • Perkhemahan
  • Majlis BBQ
  • Majlis perjumpaan
  • Hari keluarga
  • Kursus motivasi

Di sini juga dijadikan transit bagi aktiviti jungle trekking. Sebarang permintaan untuk mengadakan acara dan aktiviti lain juga boleh dirundingkan.

This entry was posted on Friday, June 20th, 2008 at 11:17 pm.
Categories: About Us.

No Comments, Comment or Ping

Comments are closed.